Tidak dinafikan Putri N. Rex merupakan sebuah jenama tudung yang menjanjikan keselesaan serta dihasilkan dengan material berkualiti tinggi dengan hasil kerja terbaik dan berpatutan.
Ia diasaskan oleh Putri Rex iaitu seorang wanita berhijab yang penuh semangat dan jenama ini telah berada di pasaran selama lebih lima tahun.
Sehubungan itu, jenama tudung tersebut telah bekerjasama dan kolaborasi dengan penyanyi Yuna dan bersesuaian dengan tagline untuk koleksi terbaharu mereka iaitu Embracing Sillaturrahim.
Putri berkata, walaupun kolaborasi ini memakan masa yang lama, tetapi prosesnya sangat mengujakan.
“Saya dan Yuna telah berkawan baik sejak di usia muda dan sering berhubung secara maya sejak Yuna berhijrah ke Los Angeles sebagai mengukuhkan ikatan silaturrahim.
“Jadi, Embracing Silaturahim dalam konteks ini bersesuaian dengan misi kami untuk mengeratkan hubungan dengan pelanggan setia, membina kepercayaan dengan pelanggan seluruh dunia serta dari seorang wanita kepada wanita yang lain,” jelasnya.
Ujarnya, koleksi Grace Easy Hijab menjadi koleksi paling laris mereka dan kini koleksi Yuna tampil dengan edisi semi-instant shawl dilengkapi dengan inner, dengan variasi 10 warna berharga RM98.00 setiap satu.
Sementara itu, dengan pemilihan Yuna juga, beliau menjelaskan penyanyi itu adalah antara ikon fesyen terbaik dan juga menjadi inspirasi kepada wanita lain.
Ujarnya, karier sebagai artis berhijab di Amerika Syarikat merupakan satu cabaran yang membuka mata mereka, di mana ia bukanlah satu perjalanan yang mudah untuknya diterima di sana.
“Berhijab adalah terlalu peribadi buat pemakainya. Walaupun menghadapi cabaran, gaya tersendiri Yuna menyerlahkan keunikannya sebagai seorang artis,” ujarnya.
Artikel Penuh : https://www.kopiplanet.com/putri-n-rex-yuna-jalinkan-kolaborasi-menerusi-koleksi-tudung-embracing-sillaturrahim/ © Copyright 2021, All Rights Reserved | Kopi Planet